Sunday, August 30, 2015

Windows Sysinternal


berbagai utilities di sini dicipta oleh Mark Russinovich pada tahun 1996
lama dah kan.. masa ni saya pun masih bujang lagi.
bolehlah ronda disini, jumpa masa nak cari virtual desktop for windows


Virtual Desktop 
Desktops allows you to organize your applications on up to four virtual desktops. Read email on one, browse the web on the second, and do work in your productivity software on the third, without the clutter of the windows you're not using. After you configure hotkeys for switching desktops, you can create and switch desktops either by clicking on the tray icon to open a desktop preview and switching window, or by using the hotkeys.



Bolehlah ke sini  : https://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/cc817881

Sunday, July 5, 2015

VirtualWin


Inilah virtual win yang saya gunakan,
walau gunakan yang lain dan mencuba yang lain
akhirnya gunakan yang ini juga
sesuai dan sangatlah best jika nak berikan apa apa sahaja ceramah
hands -on, jadi JU, beri talk
tak nak jadi penceramah pun tak apa ... guna sendiri je kan
so cubalah

support dengan short key yang kita boleh set sendiri 
lagipun key asal dia .. komflik dengan windows


Thursday, January 1, 2015

Jan 2015 - Tiada lagi Persoalan Tentang Komputer

Dah lama tak post kerana tiada lagi pertanyaan tentang komputer,

1. Mungkin semua orang dah mahir tentang komputer
2. Sistem Komputer semakin mudah difahami
3. Ramai orang gunakan Handphone sebagai pengganti komputer
4. Kehilangan Rakan - rakan
5. Kos membaiki dah tersangat murah - malas nak pening kepala serahkan saja pada kedai
6 @tau duit dah banyak
7. Dll yang tak terfikir

... tapi rasanya cikgu2 dah makin pandai komputer.. syukurlah zaman ni memang tak boleh lari dari nya mahu atau tidak.

Thursday, May 15, 2014

Download UtilitiPHG & EmisData

Perhatian kepada RoziMzain ... permohonan tuan , sila download dibawah , harap membantu

Klik pada link dibawah,

1. UtilitiPHG
2. EmisData

Saturday, November 2, 2013

SPS : Create User [ Mencipta - Menambah Pengguna]

Maaf lambat respond kepada Sahabat Lama ****i , harap belum terlambat. Baru habis Melatih PLuG TMK dan Urusan FROG.

Berasaskan kepada message berikut :


Berikut adalah cara untuk create ID dan Password. Ada juga saya jumpa kaedah tambah yang lain pada menu yang lain tapi ini rasanya kaedah yang disyorkan. 



1. Masuk sebagai admin > klik pada pentadbir seperti di bawah 


2. Klik pada Selenggara Pengguna Sistem, [ Sediakan maklumat guru - Paling MINIMUM adalah Nama dan NoIC Guru] Nanti kita boleh copy dan paste- paste-paste


3. Copy Nama Cikgu dan paste pada Nama* (tanda star adalah isian mandatory)
alang-alang paste terus pada Nama paparan, email kalau tak ada biar dulu, buat yang penting dulu.

4. Isikan maklumat pengesahan di bawah, ketiganya adalah Mandatory [ Saya cadangkan Login dan Password isikan NOIC (copy dari data yang kita dah prepare tadi) dan paste, paste, paste > Tak apa, nanti bila cikgu login pertama kali sistem akan minta tukar Password yang lain, kalau lupa admin boleh resetkan semula. Alang-alang Jangan lupa klik pada check box Aktif. 

Alang - alang juga cari group teacherGroup , klik pada button >> dan Teacher group akan pindah ke kotak kanan dan Tekan butang SIMPAN. 

5. Harap dapat membantu. Maaf tak dapat membantu secara lisan phone tempohari


Wednesday, October 30, 2013

Test File Drop

Anda boleh mengarang masalah komputer dalam sebarang format file dan heret (drag) file anda kedalam dropbox di bawah.

Saturday, October 5, 2013

Sistem Analisa Kompetensi Guru dan Pentadbir

Kepada yang bermasalah untuk masuk ke laman web Kompetensi ICT sila klik pada link di bawah atau

http://ict-kpm.azurewebsites.net/

Pastikan anda dapat paparan berikut ( boleh klik juga pada gambar berikut )


1. Klik Pada Log Masuk
2. Masukkan No KP anda
3. Selamat menjawab .....



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls