Wednesday, September 22, 2010

E Perlu - Kerja Perlu dibereskan 2 hari lagi

 

Kerja terkini .... Harap tidak tertinggal...

Borang Offline ( senang isi dulu baru online )  : http://www.moe.gov.my/bs/eperlu/Borang%20ePerlu.pdf

ePerlu adalah satu aplikasi bertujuan mendapatkan maklumat untuk mengetahui status kesediaan sekolah sebelum sesi persekolahan 2011 bermula. Sekolah hendaklah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan memberi gambaran sebenar status keperluan sekolah.

Data yang lengkap diisi hendaklah dicetak dan disahkan oleh pentadbir sekolah serta disimpan bagi tujuan pemantauan oleh pihak Kementerian, JPN & PPD.
Pihak sekolah hendaklah menyediakan senarai dan data bagi setiap kekurangan supaya memudahkan pihak pemantau membuat penilaian terhadap sekolah.

Tuesday, September 7, 2010

Maaf Zahir Dan Batin ... Kini dipermainkan ?


Kemaafan... bagi saya adalah satu perkara yang sangat penting/serius/utama dalam kehidupan. Bukan semudah kata -kata itu tetapi lebih dalam lagi kemaafan yang ikhlas adalah dari rasa kesanggupan hati yang mengakui kesilapan dan merendah diri untuk diperakukan kesalahan yang dilakukan dan seterusnya dengan rasa merendah diri juga satu pihak lagi akan memaafkan  dan menimbulkan rasa kasih sayang dan keikhlasan antara manusia  ...

Tadi saya katakan penting, Kenapa pula penting? Kerana kesalahan manusia ini hanya pada dua perkara, pertama kepada Tuhan dan kedua kepada makhlukNya.... Secara ringkas , bukankah indahnya jika dosa kita terampun jika Tuhan mengampunkan dosa kita dan semua makhluknya pula memaafkan kita. Alangkan bersihnya diri kita.... 

 Hari Raya ini adalah saat penting untuk kita memohon maaf, kenapa? Sebab jarang sekali kita lihat ( dan mungkin tak sanggup pun kita buat ) secara tiba-tiba setelah bertikam lidah / membuat kesalahan / menyinggung orang lain / salah faham / dan seribu satu sebab ... kita datang dan memohon maaf ... ada ke? rasanya tak ada ...

 Jadi jika ada persengketaan yang panjang, hari raya biasanya akan menjadi titik tolak kepada
kedamaian itupun jika ada kesanggupan untuk melupakan segalanya. 

(saya ringkaskan ) Namun pada zaman ini saya merasa sangat sedih kerana bila memohon maaf - " Maaf zahir dan Batin " .. maka suara-suara seumpama ini akan kedengaran antaranya  - "Zahir je mana ada Batin - batin " ... 

Bukan yang muda-muda sahaja, malah yang lebih tua pun sama juga, kalau orang muda mudahlah nak jelaskan tapi kalau yang tua pada kita, nanti kata naka ajar orang tua pulak ?

Nak bergurau? sesuaikah masa yang penting ini untuk bergurau selain daripada baki setahun daripada detik ini? 

Tahukah mereka bahawa yang zahir ni mudah untuk dinyatakan kesalahan, tetapi yang batin inilah yang begitu banyak kesalahan kerana ianya begitu mudah tanpa berkelip mata pun sudah boleh melakukan kesilapan - buruk sangka, dengki, mengata, marah, dan sebagainya. 

... saudara / saudari / tuan  / puan  bagaimana ?

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls