Friday, September 21, 2012

Bagaimanakah Rupa Desktop Anda ?

Kadang-kadang orang asyik bertanya  ?? 
kenapa desktop awak penuh ???  
Saya jawab : " Senang nak cari" 
" Tak berat ke? "
Saya jawab " Letak kat mana pun sama je kecuali melibatkan poenggunaan memory"
"hmmmm"



Jadi kerana rajin dan ada masa dan mood untuk modified sikit saya pun kemaskanlah  sikit .... 
Mungkin soalan ini timbul pula
" Tak susah ke nak cari dokumen"
saya : " susah senang bergantung kepada tahu atau tidak  bukannya pada ruang"
" Berfungsi tak icon kecik - kecik tu"
saya : " Berfungsi "
Dan soalan lain yang tidak dijangka ...



Wednesday, September 19, 2012

Sony Vegas Pro 11

Assalamualaikum semua... wah lama betul tak memblog ni. Betullah kata orang, dan saya setuju kalaulah boleh dijadikan atau didaftarkan sebagai pepatah moden, " Semua orang boleh mencipta blog tetapi tidak semua boleh menghidupkannya (update)".

Lagipun tak ada rakan-rakan yang bertanya soalan kemahiran ICT yang terpaksa dipostkan disini, segalanya boleh dijelaskan melalui telefon dan boleh difahami. Saya kira rakan - rakan dah mahir dalam penggunaan ICT ni, lagipun pertolongan pakcik Google dah ada dan banyak rujukan online boleh didapati sekarang. Betul tak?

Bercakap dengan rujukan online, minggu lepas saya dikehendaki membuat satu montaj untuk satu slot yang penting melibatkan orang besar2. Jadi nak canggih sikit cuba belajar after effect, tapi tak cukup pantas untuk belajar dan masa yang singkat. Saya beralih kepada Powerpoint 2010. Tak puas hati ini.. saya cuba vegaspro11. Jadi tuan-tuan boleh lihat tutorial yang saya kira mudah untuk difahami disini .... sehingga berjumpa lagi.

Tutorial :
http://www.youtube.com/playlist?list=PL42CB6FCA3F968277&feature=plcp


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls