Wednesday, October 30, 2013

Test File Drop

Anda boleh mengarang masalah komputer dalam sebarang format file dan heret (drag) file anda kedalam dropbox di bawah.

Saturday, October 5, 2013

Sistem Analisa Kompetensi Guru dan Pentadbir

Kepada yang bermasalah untuk masuk ke laman web Kompetensi ICT sila klik pada link di bawah atau

http://ict-kpm.azurewebsites.net/

Pastikan anda dapat paparan berikut ( boleh klik juga pada gambar berikut )


1. Klik Pada Log Masuk
2. Masukkan No KP anda
3. Selamat menjawab .....



Sunday, July 28, 2013

Edmodo :Cara Post Assignment

Cara Post Assignment dalam Edmodo

1. Cari butang [Turn in] seperti di  bawah. Butang ini terletak pada post dimana kerja diberikan oleh guru @ pensyarah. Scroll down pada post - post yang lepas.





(Jika masih belum jumpa, lihat/klik pada loceng (notification) - di sebelah kanan atas dan klik pada assingment.)

2.Klik pada butang tersebut
3.Kemudian paparan berikut akan anda lihat




3. Klik pada icon dalam petak merah .. icon document , kemudian browse atau carilah dimana letaknya assignment yang anda buat.
Klik open ..., dan submit/hantar assingment anda .

4. Selamat Mencuba

Monday, March 11, 2013

Excel - Office 2010 - Mencetak - Fit To Pages

 

Soalan :
Bagaimana  dan dimana menu mencetak Fit To Pages ? Excell - Office 2010

Jawapan :
1. Klik pada File
2. Print
3. Page Setup
4. Pilih / Klik Opsyen Fit to ( ubah ikut kesesuaian )
5. Pilih Orientasi kertas - ikut kesesuaian
- Klik OK dan Klik pada butang Print

Thursday, February 14, 2013

Indesign - Data Merge

Indesign - DATAMERGE


Kenapa buat tutorial ?
Sebenarnya selain untuk kemudahan umum, saya lakukan untuk diri saya sendiri juga. Ada masanya  ilmu ni tetap di hati namun ada juga ilmu yang tetapnya di buku @ sekarang mungkin dalam cloud mana-mana server di dunia ni, kalaulaulah boleh nak simpan di mana mana satelite yang tak dipakai macam Measat1. Zaman sekarang bukan jauh jadi ukuran, tapi secepat manakah kita boleh capai. Dekat pun tak semestinya cepat capaiannya, betul tak? Jadi sebagai insan biasa, bila dah lupa bolehlah rujuk di sini. 

Kepentingan Merge data
Merge data ni sangat penting seolah jalan pintas untuk meringkaskan kerja yang sepatutnya mencuri masa yang terlalu panjang, bayangkan kalau nak menyiapkan sijil seramai 1000 orang peserta.... nak cepat, dahtu taknak salah pulak, berpeluh peluh taip satu satu , kene orang komplain lambat berasap telinga.... jadi DataMerge lah penyelesaiannya.

Indesign je ke yang boleh? Saya tak ada / tak pandai 
Jangan susah, Guna MsWord pun boleh kak/bang. Kalau nak guna MSpublisher pun boleh , tapi tutorial kali ni untuk Indesign. Kalau nak juga tanyalah Pakcik Google. Kalau nak saya buat juga tutorial... haaa boleh, jangan dihampakan, email saya, insyaallah ada permintaan saya emailkan pada tuan/pn.


1. Langkah satu, sediakan database.
Sediakan dalam acces ke, Excell ke ... lagipun sekarang ni data dah banyak kan, kat office, kat sekolah , import je lepas tu jadikan CSV. Apa pulak CSV ni? 


Web definitions


"A comma-separated values or character-separated values (CSV) file is a simple text format for a database table"

Dalam erti kata org kampung ... data dalam bentuk text file, data yang dipisahkan oleh coma / comma. .. dalam notepad pun boleh, kalau eksport dari excell save as ambik option yang ada csv jadi file dia jadilah  [nama file].csv.
lebih kurang macam ni lah ....




Langkah 2. Buka indesign, buka tetingkap datamerge seperti ini.




3.Langkah seterusnya semakin ringkas, bermakna dah semakin tak ada idea nak ulas hehehehe.... pilih menu berikut daripada tetingkap/windows datamerge



Select data source > [pilihlah data yang hendak diambil di folder yang tuan/puan letakkan]

Langkah 4... dah dapat merge field  ini masukkan dalam text box



Langkah5. Final . Sangat Ringkas hehehe.... selamat mencuba


Monday, January 14, 2013

SEMUA PELAJAR ICT F4 & F5 SILA DAFTARKAN DIRI ANDA....

Sila daftarkan diri untuk personal learning bersama Cikgu

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls