Thursday, March 24, 2011

Print ke PDF file

Bagaimana nak jadikan file ke PDF?

Jawapan.

Ada berbagai cara nak jadikan PDF file. Kita boleh convert menggunakan perisian tertentu atau cetak ke PDF.
Saya lebih suka untuk cetak ke PDF kerana cara ini boleh digunakan untuk berbagai keperluan dan kepentingan yang lain.

Cara yang mudah cari Adobe Acrobat ( bukan Acrobat Reader )dan installkan. Akan ada satu driver printer ke PDF dan ketika hendak mencetak, pilih driver ini ( macam pilih printer ) dan anda akan diminta untuk menentukan lokasi fail untuk dijadikan PDF.

Cara lain .... search bullzip PDF Printer, download installkan , seterusnya akan wujud printer driver PDF bullzip , kegunaan yang sama.

Tak boleh install ? bermakna komputer anda tak ada microsoft.net 2 framework , cari dalam google, installkan dotnet2 framework dulu kemudian bullzip. Semoga dapat dijadikan panduan....  (maaf tak ada gambar - agak sibuk sekarang)

Sekarang anda boleh jadikan semua dokumen atau apa sahaja (web, word, excel, apa sahaja) yang boleh dicetak kepada File PDF.

Ada masa ketika kalau tak ada printer , print kepada  PDF dulu simpan dan cetak lain kali. Lagipun PDF file ni memang boleh dibuka oleh kebanyakan komputer.

Kalau nak potong file PDF pun boleh, masa print pilih mukasurat tertentu, print kepada pdf. Selamat mencuba...

Kalau Dapat Komputer Baru

Sekiranya saya diberikan satu komputer baru.... emmm agaknya banyak perkara yang saya akan set, install dan lakukan. Mungkin 3 , 4 atau 5 jam diperlukan bergantung kepada keperluan dan kegunaan komputer tu.

Yang pertama sekali .. komputer mestilah setting full driver support ...

Jadi seterusnya install

1. CCleaner - memastikan pembersihan bahan terbuang yang tak perlu , Disable kan Startup yang talk perlu
    Bersihkan registry
2. Auslogics Disk Defrag - Perisian Defrag yang cepat ( cepat la agaknya )

Kedua : Keperluan Software /Utilities/dll

1.Antivirus yang Ori : saya suka kaspersky
2.Pelungsur : Untuk kegunaan biasa :Chrome , Jika ada kerja yang tak support tak support : Mozilla Firefox
Pelungsur ini telah ditambah / Add On tertentu mengikut keperluan
3.Winrar - sebab winzip kan dah builtin
4.Pendownload seperti IDm atau RapidDownloader
5.Video Viewer - cth Klite - satu perisian boleh tengok semua jenis video
6.Graphics : Photoshop , FlashMaker, Ulead  dan yang sewaktu dengannya
7. Cd Burner Software : DeepBurner dll
8.Workspace windows - ala lupa pulak nama software ni , untuk pembentangan jika perlu lebih dari satu paparan
9.apa lagi ... video converter / extractor  cth flv converter, mp3 extractor kalau boleh satu perisian utk semua kerja ni .. ala lupa lagi perisian yang digunakan ( sebab tengah post - guna komputer yang dibaiki)
10. dan perisian - perisian lain yang perlu pada ketika dan masa tertentu

Wednesday, March 23, 2011

MASALAH STREAMYX?

Bermasalah dengan streamyx anda?

Kebanyakan DSL Modem sekarang mempunyai indicator (lampu LED) yang menunjukkan sambungan internet dalam keadaan baik (hijau) atau tidak (merah)

Jika merah, anda OFF DSL dan ON semula, (DSL akan auto dial semula), sekiranya masih gagal, anda cuba masuk dalam DSL ( jika anda berpengetahuan)

Bagaimana nak masuk dalam DSL Modem

1. Biasanya jika tak diubah , masukkan ip berikut pada bar url pelungsur internet anda
192.168.1.1 - pastikan anda telah connect pada network tersebut menggunakan UTP cable atau WiFi

2. Masukkan Login dan Password (maklumat ini bergantung pada setting default DSL tersebut atau pada orang yang memasang terdahulu)

3.  kemudian carilah butang connect ... ( Berbeza antara jenis/brand/jenama DSL )

sekiranya masih tak berjaya Call TM 100

Sebaiknya sebelum call TM, cuba lah yang ni sekurang kurangnya kita ada maklumat yang nak diberitahu pada pegawai yang akan membantu nanti.

Cuba sambungkan talian telefon secara terus tanpa splitter, jika Ok mungkin splitter yang rosak

Cuba flush DNS ....
dengan command pada Command Prompt (Dos Command) ( klik start, (jika win 7 - pada bar search .. taipkan CMD dan enter) ( jika win xp - klik pada Run - taip CMD dan enter)

Taipkan ipconfig /flushdns

kalau tak ok juga cuba test line guna arahan PING pada command prompt

kalau tak tau nak ping kat mana, taipkan ipconfig/all
cari default gateway,
taipkan PING (gateway-gantikan dgn no tu tanpa kurungan ni)

cth PING 192.168.1.1

cuba ping 127.0.0.1 - atau dipanggil localhost / komputer ini takut looping pada computer sendiri masalah


Dial 100 dan report @ ikut arahan TM - berikan maklumat yang diminta
nyatakan apa yang telah anda buat dan apa tindak balas komputer - ini memudahkan pegawai yang membantu untuk mengenalpasti masalah.

@ panggil kawan yang terror bab bab Networking
- jangan lupa buatkan Milo Ais dan belanja makan hehehe

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls