Thursday, July 14, 2011

Mozilla Malam

Selalunya pelungsur Mozilla FireFox Digunakan, Namun ada satu thread membincangkan tentang bagusnya adik beradik Mozilla iaitu Mozilla Nightly. Tak pernah dengar ? Tapi ianya memang wujud. Dan dikatakan ianya lebih stabil dan laju. mmmm sesuatu yang bagus untuk di cuba kalau tak de kerja..... 



Saya pun dalam proses mencuba ( minggu mencuba) menggunakan pelungsur ini.

Glary Utilities

Assalamualaikum semua... Memang dah perasan, dan betul orang kata buat blog memang mudah tapi nak hidupkan blog tu yang susah terutama jika dilanda kesibukan. Hidup tahun ni penuh kesibukan, habis satu sibuk datang sibuk yang lain, orang lainpun nampaknya begitu... ok lah kerana banyak sangat perkara yang nak diselesaikan ( bila dah list baru nampak banyak) maka nak release sikit kita updatelah blog ni. 


Komputer anda banyak sampah? Komputer anda lambat kerana sampah-sampah ini ? Tahukah anda sampah bubkan hanya merujuk kepada recycle bin sahaja. Mungkin anda tidak perasan sampah yang banyak itu boleh dihasilkan sebagai cookies, terhasil dalam registry, temporary file dan sebagainya. Jadi jika "sampah" menyebabkan komputer anda lambat saya cadangkan anda cuba "Glary Utilities" Sungguh kebetulan mingguni saya bertugas dan bercakap  tentang sampah dan sikap. Baiklah anda boleh ke sini untuk mengetahui lebih lanjut.





Maksud saya di sini

Selamat Mencuba...

Thursday, March 24, 2011

Print ke PDF file

Bagaimana nak jadikan file ke PDF?

Jawapan.

Ada berbagai cara nak jadikan PDF file. Kita boleh convert menggunakan perisian tertentu atau cetak ke PDF.
Saya lebih suka untuk cetak ke PDF kerana cara ini boleh digunakan untuk berbagai keperluan dan kepentingan yang lain.

Cara yang mudah cari Adobe Acrobat ( bukan Acrobat Reader )dan installkan. Akan ada satu driver printer ke PDF dan ketika hendak mencetak, pilih driver ini ( macam pilih printer ) dan anda akan diminta untuk menentukan lokasi fail untuk dijadikan PDF.

Cara lain .... search bullzip PDF Printer, download installkan , seterusnya akan wujud printer driver PDF bullzip , kegunaan yang sama.

Tak boleh install ? bermakna komputer anda tak ada microsoft.net 2 framework , cari dalam google, installkan dotnet2 framework dulu kemudian bullzip. Semoga dapat dijadikan panduan....  (maaf tak ada gambar - agak sibuk sekarang)

Sekarang anda boleh jadikan semua dokumen atau apa sahaja (web, word, excel, apa sahaja) yang boleh dicetak kepada File PDF.

Ada masa ketika kalau tak ada printer , print kepada  PDF dulu simpan dan cetak lain kali. Lagipun PDF file ni memang boleh dibuka oleh kebanyakan komputer.

Kalau nak potong file PDF pun boleh, masa print pilih mukasurat tertentu, print kepada pdf. Selamat mencuba...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls