Thursday, February 14, 2013

Indesign - Data Merge

Indesign - DATAMERGE


Kenapa buat tutorial ?
Sebenarnya selain untuk kemudahan umum, saya lakukan untuk diri saya sendiri juga. Ada masanya  ilmu ni tetap di hati namun ada juga ilmu yang tetapnya di buku @ sekarang mungkin dalam cloud mana-mana server di dunia ni, kalaulaulah boleh nak simpan di mana mana satelite yang tak dipakai macam Measat1. Zaman sekarang bukan jauh jadi ukuran, tapi secepat manakah kita boleh capai. Dekat pun tak semestinya cepat capaiannya, betul tak? Jadi sebagai insan biasa, bila dah lupa bolehlah rujuk di sini. 

Kepentingan Merge data
Merge data ni sangat penting seolah jalan pintas untuk meringkaskan kerja yang sepatutnya mencuri masa yang terlalu panjang, bayangkan kalau nak menyiapkan sijil seramai 1000 orang peserta.... nak cepat, dahtu taknak salah pulak, berpeluh peluh taip satu satu , kene orang komplain lambat berasap telinga.... jadi DataMerge lah penyelesaiannya.

Indesign je ke yang boleh? Saya tak ada / tak pandai 
Jangan susah, Guna MsWord pun boleh kak/bang. Kalau nak guna MSpublisher pun boleh , tapi tutorial kali ni untuk Indesign. Kalau nak juga tanyalah Pakcik Google. Kalau nak saya buat juga tutorial... haaa boleh, jangan dihampakan, email saya, insyaallah ada permintaan saya emailkan pada tuan/pn.


1. Langkah satu, sediakan database.
Sediakan dalam acces ke, Excell ke ... lagipun sekarang ni data dah banyak kan, kat office, kat sekolah , import je lepas tu jadikan CSV. Apa pulak CSV ni? 


Web definitions


"A comma-separated values or character-separated values (CSV) file is a simple text format for a database table"

Dalam erti kata org kampung ... data dalam bentuk text file, data yang dipisahkan oleh coma / comma. .. dalam notepad pun boleh, kalau eksport dari excell save as ambik option yang ada csv jadi file dia jadilah  [nama file].csv.
lebih kurang macam ni lah ....




Langkah 2. Buka indesign, buka tetingkap datamerge seperti ini.




3.Langkah seterusnya semakin ringkas, bermakna dah semakin tak ada idea nak ulas hehehehe.... pilih menu berikut daripada tetingkap/windows datamerge



Select data source > [pilihlah data yang hendak diambil di folder yang tuan/puan letakkan]

Langkah 4... dah dapat merge field  ini masukkan dalam text box



Langkah5. Final . Sangat Ringkas hehehe.... selamat mencuba


Monday, January 14, 2013

SEMUA PELAJAR ICT F4 & F5 SILA DAFTARKAN DIRI ANDA....

Sila daftarkan diri untuk personal learning bersama Cikgu

Friday, September 21, 2012

Bagaimanakah Rupa Desktop Anda ?

Kadang-kadang orang asyik bertanya  ?? 
kenapa desktop awak penuh ???  
Saya jawab : " Senang nak cari" 
" Tak berat ke? "
Saya jawab " Letak kat mana pun sama je kecuali melibatkan poenggunaan memory"
"hmmmm"



Jadi kerana rajin dan ada masa dan mood untuk modified sikit saya pun kemaskanlah  sikit .... 
Mungkin soalan ini timbul pula
" Tak susah ke nak cari dokumen"
saya : " susah senang bergantung kepada tahu atau tidak  bukannya pada ruang"
" Berfungsi tak icon kecik - kecik tu"
saya : " Berfungsi "
Dan soalan lain yang tidak dijangka ...



Wednesday, September 19, 2012

Sony Vegas Pro 11

Assalamualaikum semua... wah lama betul tak memblog ni. Betullah kata orang, dan saya setuju kalaulah boleh dijadikan atau didaftarkan sebagai pepatah moden, " Semua orang boleh mencipta blog tetapi tidak semua boleh menghidupkannya (update)".

Lagipun tak ada rakan-rakan yang bertanya soalan kemahiran ICT yang terpaksa dipostkan disini, segalanya boleh dijelaskan melalui telefon dan boleh difahami. Saya kira rakan - rakan dah mahir dalam penggunaan ICT ni, lagipun pertolongan pakcik Google dah ada dan banyak rujukan online boleh didapati sekarang. Betul tak?

Bercakap dengan rujukan online, minggu lepas saya dikehendaki membuat satu montaj untuk satu slot yang penting melibatkan orang besar2. Jadi nak canggih sikit cuba belajar after effect, tapi tak cukup pantas untuk belajar dan masa yang singkat. Saya beralih kepada Powerpoint 2010. Tak puas hati ini.. saya cuba vegaspro11. Jadi tuan-tuan boleh lihat tutorial yang saya kira mudah untuk difahami disini .... sehingga berjumpa lagi.

Tutorial :
http://www.youtube.com/playlist?list=PL42CB6FCA3F968277&feature=plcp


Thursday, March 8, 2012

Adobe Indesign CS5 - MasterPages

Haa satu lagi soalan diterima.. Macamana nak guna masterpages.
Masaterpages digunakan untuk design satu dan sama di keseluruhan pages.... Maklumlah tak larat nak paste tiap2 pages kan, kene set ke Background lagi kan.....

Harap ni boleh membantu, kejap lagi geng Mountainbike datang , kene cepat ni....



Adobe Indesign CS5 - Embed Link

Untuk memastikan grafik yang digunakan didalam indesign terus kekal walaupun punca asalnya kita dah alih, buang dan sebagainya , ataupun mungkin kita nak serahkan hasil kerja dalam indesing format pada orang lain jadi kita perlulah embedkan gambar tersebut.

Cara-caranya
1.Cari panel berikut disebelah kanan -default


2. Klik pada link, dan select semua gambar seperti dibawah



3.klik embed link


4. Maka inilah tandanya kalau dah jadi....


Monday, February 13, 2012

Komputer Saya Dah Rosak .....

Tiba Tiba .. pagi ni sementara menunggu kawan datang dari Lipis, seperti biasa update kerja untuk dibawa mesyuarat.. dan tiba tiba ... GELAP....

Adusssss.... Komputer dah rosak...














(sekadar gambar hiasan )



Jadi memikir ni nak beli   AMD ke Intel Ke .. kalau intel  i3 ke i5 ke atau i ada duit ke nak beli ni

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls