Hal ini  penting untuk diketahui, terutama   pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan  Amerika, yang  menjadikan daging babi sebagai makanan pokok dalam hidangan mereka.
  Dalam kesempatan ini, saya imbas kembali  kejadian  yang berlaku ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka  bertanya  kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka  bertanya kepada  Imam, “Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, kerana  ia  memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan  bakteria-bakteria  lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak  dalam  penternakan moden, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi  yang  mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau  bakteri  dan mikroba lainnya.?”
 Imam Muhammad Abduh tidak langsung  menjawab  pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk  menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta seekor ayam betina, dan dua  ekor babi  jantan beserta seekor babi betina.
 Mengetahui hal itu, mereka bertanya,  “Untuk apa semua ini?” Beliau menjawab, “Penuhi  apa  yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahasia.”
 Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.  Kemudian  beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor  ayam  betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling  membunuh,  untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu  dari  keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua  ayam  tersebut.
 Kemudian beliau memerintahkan mereka  untuk  melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini  mereka  menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama  jantan  untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga  diri atau  keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.
 Selanjutnya beliau berkata,  “Saudara-saudara, daging babi membunuh ‘ghirah’ orang yang  memakannya.  Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat  isterinya  bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang  bapak di  antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian   membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu  menularkan  sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.”
 Kemudian beliau memberikan contoh yang  baik  sekali dalam syariat Islam. Islam mengharamkan beberapa jenis ternakan  dan  unggas yang berkeliaran di sekitar kita, yang memakan kotorannya  sendiri.  Syariat memerintahkan bagi orang yang ingin menyembelih ayam, biri-biri  atau  angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga  hari,  memberinya makan dan memperhatikan apa yang dibuang oleh haiwan itu.  Hingga  perutnya bersih dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteria dan  mikrob. Kerana  penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan  dirasakan oleh  orang yang memakannya. Itulah hukum Allah, seperti itulah hikmah Allah.