Thursday, March 24, 2011

Print ke PDF file

Bagaimana nak jadikan file ke PDF?

Jawapan.

Ada berbagai cara nak jadikan PDF file. Kita boleh convert menggunakan perisian tertentu atau cetak ke PDF.
Saya lebih suka untuk cetak ke PDF kerana cara ini boleh digunakan untuk berbagai keperluan dan kepentingan yang lain.

Cara yang mudah cari Adobe Acrobat ( bukan Acrobat Reader )dan installkan. Akan ada satu driver printer ke PDF dan ketika hendak mencetak, pilih driver ini ( macam pilih printer ) dan anda akan diminta untuk menentukan lokasi fail untuk dijadikan PDF.

Cara lain .... search bullzip PDF Printer, download installkan , seterusnya akan wujud printer driver PDF bullzip , kegunaan yang sama.

Tak boleh install ? bermakna komputer anda tak ada microsoft.net 2 framework , cari dalam google, installkan dotnet2 framework dulu kemudian bullzip. Semoga dapat dijadikan panduan....  (maaf tak ada gambar - agak sibuk sekarang)

Sekarang anda boleh jadikan semua dokumen atau apa sahaja (web, word, excel, apa sahaja) yang boleh dicetak kepada File PDF.

Ada masa ketika kalau tak ada printer , print kepada  PDF dulu simpan dan cetak lain kali. Lagipun PDF file ni memang boleh dibuka oleh kebanyakan komputer.

Kalau nak potong file PDF pun boleh, masa print pilih mukasurat tertentu, print kepada pdf. Selamat mencuba...

1 comments:

Anonymous said...

Office 2010+ boleh save file terus ke format pdf. Office 2007 kena instal Microsoft Save as PDF or XPS dulu.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls