Wednesday, March 23, 2011

MASALAH STREAMYX?

Bermasalah dengan streamyx anda?

Kebanyakan DSL Modem sekarang mempunyai indicator (lampu LED) yang menunjukkan sambungan internet dalam keadaan baik (hijau) atau tidak (merah)

Jika merah, anda OFF DSL dan ON semula, (DSL akan auto dial semula), sekiranya masih gagal, anda cuba masuk dalam DSL ( jika anda berpengetahuan)

Bagaimana nak masuk dalam DSL Modem

1. Biasanya jika tak diubah , masukkan ip berikut pada bar url pelungsur internet anda
192.168.1.1 - pastikan anda telah connect pada network tersebut menggunakan UTP cable atau WiFi

2. Masukkan Login dan Password (maklumat ini bergantung pada setting default DSL tersebut atau pada orang yang memasang terdahulu)

3.  kemudian carilah butang connect ... ( Berbeza antara jenis/brand/jenama DSL )

sekiranya masih tak berjaya Call TM 100

Sebaiknya sebelum call TM, cuba lah yang ni sekurang kurangnya kita ada maklumat yang nak diberitahu pada pegawai yang akan membantu nanti.

Cuba sambungkan talian telefon secara terus tanpa splitter, jika Ok mungkin splitter yang rosak

Cuba flush DNS ....
dengan command pada Command Prompt (Dos Command) ( klik start, (jika win 7 - pada bar search .. taipkan CMD dan enter) ( jika win xp - klik pada Run - taip CMD dan enter)

Taipkan ipconfig /flushdns

kalau tak ok juga cuba test line guna arahan PING pada command prompt

kalau tak tau nak ping kat mana, taipkan ipconfig/all
cari default gateway,
taipkan PING (gateway-gantikan dgn no tu tanpa kurungan ni)

cth PING 192.168.1.1

cuba ping 127.0.0.1 - atau dipanggil localhost / komputer ini takut looping pada computer sendiri masalah


Dial 100 dan report @ ikut arahan TM - berikan maklumat yang diminta
nyatakan apa yang telah anda buat dan apa tindak balas komputer - ini memudahkan pegawai yang membantu untuk mengenalpasti masalah.

@ panggil kawan yang terror bab bab Networking
- jangan lupa buatkan Milo Ais dan belanja makan hehehe

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls